Salam Sahabat,
Baru-baru ini, pada malam ambang kemerdekaan, SaPa telah menghadiri satu jemputan jamuan Hari Raya kelolaan PeMM yang bertempat di Damansara Damai, mewakili laman forum P.Net khususnya.
Ketika menghadiri jamuan berkenaan, semua jemputan telah dihidangkan dengan pelbagai jenis jamuan yang berlatarbelakangkan suasana Hari Raya. Kami menikmati hidangan selain dapat berkenalan dan mengakrabkan hubungan bersama pemancing-pemancing dari laman forum yang lain serta 'group' pemancing yang terkenal tak kurang juga para media yang datang untuk memeriahkan majlis berkenaan.
Majlis berkenaan bukan sekadar jamuan makanan dan minuman semata-mata. Kami secara tidak rasminya juga berkongsi idea dan pendapat tentang bagaimana untuk kami perjuangkan nasib pemancing-pemancing yang bermatlamat dan inginkan perubahan untuk memertabatkan sukan/hobi yang sehingga kini masih lagi diperlekehkan oleh sebilangan besar masyarakat sekeliling.
Seiring dengan apa yang sekian lama SaPa cuba lakukan. Kesimpulan yang sangat sinonim dengan perjuangan SaPa. Ingin melahirkan pemancing berilmu dan menjadikan sukan/hobi memancing ini satu kegilaan pada anak-anak muda agar mereka dapat mengubah kegilaan merempit dan kegiatan tidak bermoral kepada sukan/hobi memancing ini.
Mungkin sebagai langkah permulaan, kita sama-sama boleh memulakan dengan setiap dari kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang perintis. Kalau bukan dari kalangan keluarga, mungkin anak-anak muda yang berminat terhadap sukan/aktiviti ini. Jadikan mereka ikutan atau role model untuk mewujudkan kesedaran terhadap sukan/hobi memancing ini. Kalau bukan kita yang perjuangkan, siapa lagi?
SaPa akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menjalankan aktiviti berkaitan sukan memancing dan akan cuba sedaya upaya memberikan sokongan. Peluang bukan untuk dilihat, tetapi untuk di genggam. Ketidak upayaan hari ini bukan bererti kita sudah lumpuh. Kita sedang mengatur strategi untuk mendapatkan tempat di arena yang lebih tinggi untuk memastikan kita mampu menerajui kumpulan kita bersama-sama dengan standart national satu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan