FAQ

Di sini kami sediakan beberapa soalan-soalan lazim yang kerap ditanya sebagai rujukkan. Sekiranya anda tidak dapat jawapan yang anda inginkan, anda boleh hubungi pihak pengurusan kami di laman, hubungi kami atau ruangan sembang.


Adakah SaPa hanya terbuka kepada yang tinggal di negeri Selangor dan W.P Kuala Lumpur sahaja?
Tidak. SaPa ditubuhkan untuk peringkat negeri terlebih dahulu sebelum mengembangkan sayapnya ke peringkat kebangsaan. Rujuk Profil SaPa.


Dimanakah boleh dapatkan borang keahlian SaPa?
Borang keahlian boleh di dapati di pejabat urusan SaPa dan dari pegawai-pegawai SaPa. Rujuk ruang Hubungi Kami.


Sekiranya saya menganggotai SaPa, apakah kelebihan dan kebaikan yang saya dapat?
SaPa adalah sebuah pertubuhan yang baru didaftarkan atas inisiatif mewujudkan pergerakkan yang lebih tersusun selain membawa agenda ukhwah dikalangan warga forum p.net. SaPa mensasarkan pelbagai kebaikkan dan kemudahan antaranya khairat kematian, insuran perlindungan kemalangan dan pelbagai lagi. Rujuk ruangan Ahli untuk keterangan lanjut.


Adakah dengan kehadiran SaPa ini relevan untuk masa sekarang memandangkan sudah banyak persatuan memancing ditubuhkan dan ada juga yang semakin berkubur?
SaPa ditubuhkan atas satu jaringan yang berlandaskan laman forum dan tiada menggunakan kuasa wang, pangkat atau nama untuk menubuhkannya. Pada dasarnya SaPa ditubuhkan untuk membantu segala pergerakkan aktiviti yang terhasil dari forum p.net dan bertujuan meringankan tanggungjawab pengasas serta Moderator-moderator yang mentadbir p.net, SaPa secara sukarela menawarkan diri untuk berbakti demi memudahkan urusan-urusan aktiviti dan event dijalankan.


Apakah hubung kait antara SaPa dengan P.net?
P.net adalah forum yang ditubuhkan untuk menjaringkan kaki pancing secara online serta pusat untuk bertukar pendapat dan sebagainya manakala SaPa adalah Persatuan berdaftar yang ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab mengambil alih tugas-tugas perlaksanaan event dan aktiviti p.net di luar seperti acara tahunan dan sebagainya.


Kenapa SaPa perlu didaftarkan dan bukannya Pancing.net?
Pancing.net adalah nama yang dicalonkan untuk tujuan penubuhan didaftarkan. Namun mengikut penilaian pendaftar, nama pancing.net tidak sesuai kerana ianya lebih kepada komuniti maya kerana ada hubungan dengan laman sesawang. Memetik nasihat dan teguran oleh pegawai pendaftar, maka perkataan 'sahabat' ditambah pada pangkal ayat dan dibuang '.net' untuk tujuan pendaftaran dan tidak ada apa-apa yang tersembunyi disebalik kenyataan.


Tidakkah yuran yang dikenakan SaPa kepada ahlinya terlalu tinggi? Jadi dimana kebaikkannya?
Ya! SaPa mengenakan yuran yang agak tinggi dan tidak keterlaluan berbanding persatuan lain yang mengenakan bayaran lebih tinggi. Tujuannya untuk melicinkan segala pergerakkan dan memberi kemudahan berterusan selain bayaran untuk insuran perlindungan, kad keahlian dan sebagainya. 


Apakah wawasan SaPa yang boleh menjadi tarikan kepada ahli untuk menyertai?
SaPa mempunyai target yang berbeza kerana selain menjadikan hobi ini lebih menyeronokkan ianya juga mementingkan aspek keselamatan, penjimatan dari segi perbelanjaan dan membuka ruang untuk mereka yang ingn menambah pendapatan dengan mengikuti segala program yang sedang diatur dan disusun.


Kerjasama bagaimanakah yang SaPa maksudkan dari setiap ahlinya?
Sokongan dari segi teknikal dan idea untuk menyelaraskan semua aktiviti sehingga semua agenda dapat dilakukan dengan teratur dan tiada menyalahi undang-undang.


Adakah jawatan pegawai-pegawai SaPa kekal?
Tidak. SaPa tidak mahu menongkat langit dengan memonopoli jawatan demi kepentingan peribadi walaupun ianya biasa berlaku pada persatuan lain dimana siapa pencetus menubuhannya mereka yang berkuasa ke atas segala tindakkan dan urusannya. Sungguhpun begitu, seseorang yang ingin menjawat jawatan di dalam SaPa mestilah memberi contoh dan komitment terhadap segala aktiviti yang dirancang serta mendapat kepercayaan ahli-ahli yang lain.


Bagaimanakah SaPa melakukan pemilihan?
Berdasarkan prinsip bagaimana penubuhan ini ditubuhkan. Daftar dan dapatkan prinsip persatuan ini.


Soalan Lazim dari Forumer di pancing.net

1.Adakah pancing.net dan Persatuan Sapa sama? - Tidak pada nama dan fungsi. Ya pada jaringan dan aktiviti.

2.Bolehkah kami nak berforum sahaja..x register persatuan ini? - Boleh. Persatuan ini tidak wajib disertai sekiranya tidak merasakan keperluan.

3.Saya lihat tiada pun pengistiharan persatuan ini kat forum? - SaPa baru ditubuhkan dan pernah diiklankan di forum beberapa bulan lepas dan sedang dalam proses memperkenalkan kepada ahli yang lain.

4.Adakah kami (yg x register persatuan) boleh mengikuti program2 persatuan? - Tujuan SaPa ditubuhkan untuk melancarkan program dan aktiviti forum pancing.net. Sudah tentu sesiapa sahaja boleh menyertainya.

5.Saya baca persatuan bergerak sebelum ini tanpa penajaan dr mana2 pihak...boleh hidup ke? - SaPa baru ditubuhkan dan  mempunyai penajaan dari ahli-ahli pancing.net secara peribadi dan yang berniaga dan akan ada penajaan lain lagi yang sedang diusahakan.

6.Saya masih sekolah lagi - sila dapatkan keizinan penjaga.

7.Saya forumer wanita nak join persatuan. Yang jadi masalahnya trip saya x boleh ikut...setakat aktiviti dekat2 insyallah dapat join kot....suami dulu hardcore mancing.....sekarang dah kurang....sebuk memanjang pasal kerja......selain dr itu apa kelebihan lain dan macam xde jer ahli wanita dlm persatuan? - Asas tujuan dan matlamat bukan semata-mata menghadiri program memancing. Mungkin bagi ahli wanita boleh terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Untuk peringkat permulaan ini, program SaPa hanya tertumpu pada sebilangan kecil ahli sahaja dan aktiviti pancing.net. Pada masa akan datang banyak lagi program dan pengisian yang akan diserapkan dalam aktiviti setiap tahun. Kami amat mengalu-alukan forumer wanita untuk turut sama dalam menggerakkan persatuan ini.


8.Saya peniaga barangan peralatan bukan memancing, macam x sesuai jer join persatuan memancing nie? - Sila rujuk asas tujuan dan matlamat SaPa.

9.Takda cadang2 nak invite ahli politik/dun/parlimen join persatuan ni...bagi kukuh - SaPa adalah persatuan bebas dan tidak mahu terikat dengan keahlian dari ahli politik. Walau bagaimanapun sekiranya dalam sesuatu aktiviti akan melibatkan ahli politik, SaPa akan mengalu-alukannya.

10.Salam tuan..saya pengusaha bot2 sewa utk memancing, join persatuan bolehkan tuan bagi saya kelebihan trip? - Antara kelebihan ahli yang berniaga adalah mendapatkan kelebihan promosi dari pihak SaPa yang bersedia membantu peniaga-peniaga walau bukan dari kalangan pemancing untuk menjadi satu jaringan ekonomi sesama ahli.
PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...