Khamis, 1 Mac 2012

PANTAI REMIS, KAPAR

Pantai Remis Kapar/Kuala Selangor adalah destinasi rehat pada hujung minggu yang menjadi tempat tumpuan bagi pengunjung tempatan sama ada untuk beristirehat dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti biasa dikawasan pantai mendatar dan berpasir.
Lokasi ini telah kami pilih untuk sebuah acara pertandingan berkemungkinan secara tertutup dari 2 Persatuan berdaftar yang melibatkan acara sampingan seperti konsep hari keluarga.
Dengan geografi yang menarik serta pemandangan sekeliling yang bersih dan menyegarkan, pantai ini menjanjikan satu destinasi yang baik untuk acara seperti itu. Walaupun spesis ikan di sini terhad, tetapi acara seperti ini lebih mengetengahkan konsep kesepakatan dan kekeluargaan.
Mempunyai kawasan yang redup dan tidak terlalu sempit dengan pengunjung kerana pantai ini terbahagi kepada 2 bahagian dimana bahagian untuk pengunjung berehat tidak mempunyai gerai-gerai yang banyak dan tidak bising sebaliknya kawasan gerai-gerai di tempatkan di bahagian yang lain khas untuk bersantai dan mandi manda.

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...