Isnin, 13 Februari 2012

Salam,

Terkini pergerakkan SaPa semakin teratur dan terancang setelah mendapat mandat dan perkenan penaung Pnet tuan Azman dengan menyediakan ruangan khas bagi SaPa untuk berbincang tentang isu-isu dan aktiviti-aktiviti secara tertutup melalui saluran forum Pnet. Ianya khas untuk semua ahli SaPa yang berdaftar sahaja da sudah tentu syarat utama sebelum menjadi ahli SaPa mesti lah mempunyai akaun di Pnet sekurang-kurangnya telah dikenali.

SaPa yang baru dianggotai oleh ahli yang ke 25 hari ini telah mengatur rancangan untuk memastikan keupayaan anggotanya mengelolakan aktiviti-aktiviti luar Pnet.

Beberapa perkara yang baik untuk dipersembahkan di sini adalah seperti, SaPa bercadang untuk menggunakan kad 'Touch n Go' untuk kad keahliannya pada masa akan datang dan sedang direkacipta.

SaPa akan bertukar url webblognya tidak lama lagi kepada 'sahabat.pancing.net' yang sedang dibangunkan pada masa ini. Walaupun SaPa tidak mengenakan syarat wajib daftar Pnet untuk menganggotainya, namun ianya akan menjadi kerugian yang besar kepada ahlinya yang mungkin akan banyak ketinggalan infomasi terkini berkaitan SaPa dan aktiviti Pnet khususnya yang di bincangkan di laman forum tersebut.

Fungsi forum untuk SaPa adalah sebagai jambatan perbincangan maya dan tempat untuk bertukar pendapat manakala blog hanyalah sebagai intisari hasil dari perbincangan di Pnet.

Kini sesiapa pun boleh terus berhubung dengan admin SaPa melalui email beralamat sapa@pancing.net sekiranya mempunyai persoalan dan pandangan yang ingin dikongsikan.

Sekian dulu untuk kemas kini kali ini.

Jumpa lagi..


PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...