Syarat-syarat keahlian :
Kelebihan menjadi ahli :
Komitment Ahli :
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan yang berusia 18 tahun kebawah sila dapatkan kebenaran penjaga.
- Mesti membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM20.00 dan yuran tahunan sebanyak RM10.00 setahun (berkuat kuasa Mac 2014)
- Seorang pemancing atau berminat dengan dunia pancingan dan semua objektif SaPa.
- Keutamaan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli forum pancing.net
Kelebihan menjadi ahli :
- Harga istimewa untuk belian barangan memancing dari kedai terpilih.
- Berpeluang menyertai semua trip anjuran SaPa dengan harga menarik
- Diskaun untuk aktiviti-aktiviti anjuran SaPa.
- Insuran Kemalangan/Perlindungan sepanjang menjadi ahli.
- Berpeluang menyertai program-program latihan perniagaan dan hidupan air serta kelas memancing anjuran SaPa
- Serta pelbagai lagi keistimewaan yang akan dicadangkan dari semasa ke semasa.
Komitment Ahli :
- SaPa mensasarkan agenda yang besar seluruh Malaysia dengan mewujudkan jaringan kaki pancing yang bersatu di bawah satu bumbung dan bekerjasama di dalam semua lapisan tugasan.
- Bersedia memberikan komitment terhadap semua agenda anjuran SaPa.
- Bersedia untuk menjadi pemimpin/Jawatankuasa SaPa apabila dicalonkan
- Mempunyai idea yang menarik serta perhubungan yang baik sesama ahli.
- Membantu sesama ahli tanpa mengira pangkat, darjat atau senioriti.
- Tidak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dan dilarang keras sama sekali berkelakuan tidak sopan, melakukan rusuhan dan provokasi di mana-mana, serta menjaga nama baik persatuan dan diri sendiri.
- Ikhlas dalam setiap perlaksanaan tugas dan dedikasi serta mempunyai sikap timbang rasa dan tolak ansur.
- Mencerminkan budi pekerti yang tinggi, tidak emosi dan toleransi.