Khamis, 23 Ogos 2012

Selamat Ulang tahun Kemerdekaan


Bulan kemerdekaan adalah bulan yang tercatit sejarah disebalik keperitan dan kepayahan pejuang dahulu kala menghalau pengaruh, idealogi, budaya dan rampasan hak penjajah yang cuba merosakkan akidah, budaya dan keharmonian warga negara.

Penindasan dan kekejaman berlaku bilamana idealogi dan fahaman penjajah tidak diterima pakai oleh penduduk tempatan yang menyalahi pendirian agama dan adat resam. Maka muncullah pahlawan terbilang dan juga tokoh agama masa itu memerangi anasir-anasir ini dari terus cuba membelenggu pemikiran masyarakat hingga berlakunya perbalahan dan peperangan.

Dengan prinsip pada zaman itu 'kekuatan adalah ketuanan', maka mereka mengerahkan tenaga perang untuk menakluk bukan saja tanah, malah pemikiran supaya menerima idealogi mereka yang menjajah. Para ulama terdahulu seperti Tok Janggut, Kiyai Saleh dan sebagainya bekerjasama dengan pemerintahan tempatan seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman dan pendekar-pendekar seperti Mat Kilau dan sebagainya bermati-matian mempertahankan martabat agama dan menjaga adat serta budaya yang elok, cantik dan terhormat.

gambar hiasan

Kini negara sudah merdeka. Kini kehidupan lebih selesa. Walau bagaimana cara pun keharmonian ini mesti dipertahankan walau bagaimana cara ianya dikecapi. Kita ketepikan sebentar kegilaan cita-cita. Kita renung kembali sejarah yang tercipta, kita cermin peribadi kita. Adakah kita cintakan negara? Atau kita gemar mencari salah dan musuh merata?

Peliharalah keluarga kita sesuai dengan perjuangan dahulu kala. Buang pengaruh penjajah dari dalam diri. Merdeka akal, merdeka minda, merdeka jiwa. Naik taraf budaya terhormat, junjung hebat agama keramat. Selamat menyambut Ulang tahun kemerdekaan yang ke 55.

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...