Jumaat, 17 Februari 2012

KAD KEAHLIAN

CADANGAN


Kelebihan :

Dilengkapi dengan USB Drive Memori 2GB ( gelongsor )
Saiz kad setebal kad bank.
Dengan cara ini, semua data ahli tidak perlu dicetak di permukaan kad sebaliknya di simpan di dalam Memori USB Drive dan memudahkan semua urusan hanya dengan 1 kad.

Untuk melakukan bayaran yuran, ahli perlu menyertakan kad keahlian untuk di update untuk setiap bayaran. Semua data seperti insuran, profile dan buku perlembagaan akan di kunci di dalam memori kad ini.
Ahli juga boleh menggunakan memori kad ini seperti USB Drive yang lain.

Untuk partition SaPa, hanya pegawai bertugas sahaja yang boleh menukar ciri-ciri yang telah dikunci dengan kata kunci tertentu. Begitu juga untuk pengesahan ahli sekiranya melibatkan pengenalan boleh di imbas melalui USB oleh mana-mana syarikat hanya dengan mengenakan USB Drive ke USB Port di komputer.

Kebaikkannya, ahli yang menarik diri hanya perlu memulangkan kad ahli dan boleh digunakan oleh ahli yang baru dengan menukar profile dan ciri yang ada di dalamnya dan persatuan tidak perlu mencetak kad baru untuk setiap ahli baru. Hanya lakukan cetakkan sekali sahaja untuk jumlah tertentu dan update profile.

Keburukkannya, sekiranya sistem USB Drive diserang virus atau hilang, ahli yang tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerosakkan atau kehilangan dengan gantian kad baru sebanyak RM30.00 untuk pertama kali dan RM70.00 untuk kehilangan lebih dari sekali.

Ciri-ciri keselamatan yang boleh di lakukan adalah dengan meletakkan kata kunci (password) pada USB Drive tersebut untuk mengelakkan salahguna sekiranya berlaku kehilangan.

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...