Rabu, 31 Oktober 2012

...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SaPa akan mengadakan mesyuarat tahunan bagi penggal ke dua sebelum Disember 2012. Pengumuman tersebut akan di lakukan oleh Setiausaha SaPa En. Mohd Nazib tidak berapa lama lagi.

Antara perkara-perkara yang bakal diperbincangkan adalah berkaitan rombakkan perlembagaan dengan meringankan syarat-syarat pendaftaran ahli serta membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya dengan bayaran setahun sekali sahaja.

Beberapa perkara yang tidak dapat dilaksanakan pada penggal terdahulu akan cuba di lakukan secepatnya sebelum berakhirnya penggal 2012 dengan kerjasama semua ahli yang mendaftar dan masih menjadi ahli SaPa. Selain membincangkan agenda-agenda tertunda dan mengemaskini akaun serta melakukan perlantikan AJK untuk penggal seterusnya.

SaPa juga mengalu-alukan sokongan dan sentiasa menyokong segala aktiviti berkaitan dunia pancingan di Malaysia dan sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi info dan maklumat boleh emailkan ke sapa@pancing.net atau hubungi FB SaPa untuk update aktiviti terkini.

Sahabat Pancing

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...