Profil



PENGENALAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SAHABAT PANCING SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ( SAPA ).
Ditubuhkan pada 5 Ogos 2011 melalui satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 15 orang kaki-kaki pancing yang menjadi perancang utama pergerakkan dan hala tuju persatuan yang tercetus melalui forum sesawang www.pancing.net.
Pada tarikh 28 Oktober 2011 SAPA telah didaftarkan sebagai pertubuhan berdaftar dengan nombor pendaftaran 4763-11-SEL dan berpusat di alamat bernombor. 63, Jalan Putra Perdana ½, Taman Putra Perdana, Puchong Selangor dengan membawa tujuan dan matlamat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan SAPA.

ASAS TUJUAN DAN MATLAMAT

(1)          Untuk menggalakkan aktiviti memancing sebagai aktiviti riadah dan sebagai jaringan kepada peminat sukan/hobi pancing untuk turut serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan
(2)          Untuk merapatkan ukhuwah persahabatan, memupuk persefahaman dan meningkatkan kerjasama ahli termasuk dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan.
(3)          Memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan menjaga sumber – sumber ikan tempatan khususnya untuk aktiviti memancing
(4)          Menggalakkan lagi industri sukan memancing khususnya dan membantu sektor pelancongan negara amnya dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(5)          Melatih bakat baru dengan melakukan program-program dan kursus-kursus bimbingan perniagaan dan seumpamanya berkaitan bidang pancing dan hidupan air dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(6)          Menganjur dan menyelaras aktiviti memancing serta membantu menggalakkan aktiviti pelancongan dan menjana ekonomi negara dengan dengan kebenaran pihak berkuasa berkenaan.
(7)          Menyediakan harga istimewa bagi semua ahli yang mengikuti trip-trip memancing dalam apa jua bentuk aktiviti yang dijalankan oleh pihak pertubuhan.
(8)      Untuk memupuk minat dan semangat cintakan negara dikalangan ahli semasa aktiviti dijalankan.

MISI DAN VISI

Melalui asas tujuan dan matlamat tersebut, SAPA yakin mampu menarik lebih ramai remaja khususnya menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana konsep bagi setiap aktiviti yang pernah dijalankan mendapat sambutan yang baik walaupun tidak diiklankan secara meluas.
SAPA bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai generasi berilmu dan mengekang gejala sosial dengan mewujudkan persaingan melalui aktiviti memancing yang sering dijalankan. Tidak mustahil satu hari nanti akan kurang kedengaran perihal mat rempit, pembuangan bayi dan gejala dadah di muka akhbar dengan kerjasama yang dijalinkan berpaksikan satu hobi dan minat.


Walaupun SAPA didaftarkan untuk peringkat negeri Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi jaringan kaki pancing yang menyertai program yang dijalankan merangkumi hampir seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah naungan forum sesawang pancing khususnya.

Antara ahli dari luar kawasan yang aktif termasuk dari Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Oleh kerana jumlah mereka masih dibawah ’target’ SAPA, maka SAPA memilih untuk berdaftar diperingkat negeri dahulu.


Dalam usia tidak sampai setahun ini, SAPA semakin aktif menghubungkan jaringan kaki pancing untuk sama-sama menganggotai SAPA dari seluruh Malaysia dan melebarkan sayap SAPA dari peringkat negeri ke peringkat kebangsaan.


PENAJAAN DAN KERJASAMA


SAPA telah menjalankan beberapa aktiviti menghubungkan kaki pancing tanahair tanpa sebarang penajaan rasmi dari pihak luar. Kebanyakkan hadiah-hadiah dibiayai oleh pihak SAPA dan ahli-ahlinya secara sukarela.


Untuk meneruskan segala aktiviti-aktiviti yang sedang dan telah dirancangkan, SAPA amat memerlukan sokongan syarikat-syarikat koperat, badan-badan kerajaan serta syarikat gergasi yang bertapak di Malaysia ini untuk membantu merealisasikan segala aktiviti SAPA mencapai matlamat dan hasrat menjadikan sukan atau hobi memancing satu kegilaan untuk para remaja dan meninggalkan gejala sosial yang berleluasa akhir-akhir ini.
SIJIL PENDAFTARAN PENUBUHAN


PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...