Tepat jam 07.30 pagi kelihatan beberapa buah kereta telah menunggu dihadapan pintu gerbang zoo negara bagi merealisasikan satu aktiviti yang telah dirancang hampir 2 bulan lamanya. Untuk menjayakan aktiviti sosial oleh ahli-ahli forum Pnet telah di semarakkan oleh pasukan dari Kelab rekreasi Joran Politeknik Merlimau Melaka yang menghantar peserta dan juga beberapa wakil pegawai kerajaan dari Jabatan yang lain serta tidak lupa wakil dari Kolej Komuniti Klang dan pasangan serta rakan-rakan kepada ahli Pnet.
Sessi taklimat pengenalan serta pembahagian seksyen oleh pengurusan Zoo negara bermula pada jam 08:30 pagi. Beberapa insiden yang berlaku oleh peserta-peserta yang hadir dari jauh tidak melemahkan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan untuk bersama-sama melakukan aktiviti amal selain mengisi masa terluang dengan aktiviti sebegini, pelajar-pelajar ini juga berpeluang mengenali disebalik tabir pengurusan zoo negara, mendekati haiwan-haiwan dan belajar bercampur dengan masyakarat luar.
Selain kami, wakil dari UIA juga turut mengambil bahagian di dalam aktiviti ini.
Selesai taklimat pagi itu, beberapa kumpulan dibahagikan mengikut seksyen bersama zoo keeper masing-masing.
Maka bermulalah tugasan pertama iaitu membersihkan kawasan persekitaran dan dalam kandang haiwan-haiwan. Sebenarnya, tidaklah kotor sangat tempat-temapt yang kami perlu bersihkan. Hanya menyapu daun-daun kering yang bertaburan, membersihkan bekas makanan dan minuman serta kawasan-kawasan tertentu.
Haiwan-haiwan ini bagai terlatih, tidak terdapat najis-najis yang bersepah-sepah selain daun-daun kering dan ranting kayu sahaja.
Selain tugasan pembersihan, ada juga yang ditugaskan membantu tiket penjualan di kaunter masuk Zoo dan ada juga yang ditugaskan menjaga kaunter barangan dan sebagainya. Seolah-olah, pada hari itu, segala pengurusan zoo negara dokelolakan oleh kami.
Selepas, siap mengemas dan membersihkan kawasan kandang, kami perlu menyediakan makanan untuk haiwan-haiwan dibawah seksyan masing-masing.
Semua sayuran dan buah-buahan perlu dipotong-potong terlebih dahulu untuk diagihkan kepada kandang-kandang yang berbeza.
Selesai mengagihkan jenis-jenis makanan mengikut diet sesejenis haiwan, maka tugas menghidangkan makanan turut dilakukan. Dan disinilah mulanya keseronokkan adik-adik dari PPM ini kerana dapat bergambar bersama haiwan-haiwan liar secara dekat dan dapat memegang serta mempelajari setiap spesis mengikut seksyen masing-masing.
Selesai memberi makanan dan menyediakan kandang yang bersih untuk di tonton oleh pengunjung, kini giliran kami para peserta sukarelawan melawati keseluruh pelusuk zoo negara dan bergambar bersama haiwan-haiwan yang terdapat di situ.
Tepat jam 5 petang kami semua pulang setelah selesai sessi bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan bahawa kami telah berada di zoo negara untuk tujuan sukarelawan membersihkan dan menyelia haiwan-haiwan yang ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan