Rabu, 7 Mac 2012

Majlis Ulang Tahun Pnet

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengunjungi blog sementara SAPA.
Setelah mendapatkan respon yang baik dari Laman Perbincangan di www.pancing.net dan mendapat mandat serta kepercayaan dari pihak penaung, kami dengan rasa rendah diri dan sukacitanya mengumumkan Surat Jemputan untuk majlis gilang gemilang ini yang bertempat di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh






View Sekolah Menengah Vokasional Sg Buloh in a larger map


Antara tujuan dan matlamat utama mengadakan MUT kali ini adalah untuk menghargai jasa baik pengasas serta kerja keras moderator-moderator Pnet yang sekian lamanya berkorban masa dan wang ringgit untuk memberikan perkhidmatan jaringan forum percuma untuk ahli-ahli yang mendaftar berkongsi maklumat, berkongsi ilmu, mengadakan trip dan perjumpaan serta melakukan jual beli dengan bebas dengan selamat.

Inilah masanya kita sebagai pengguna percuma menghargai mereka selain dapat mengeratkan jalinan ukhwah disamping mengenali antara satu sama lain.


Mempunyai fasiliti yang diperlukan seperti tapak perkhemahan, dewan, domestay dan parking yang luas, pastinya MUT kali ini dapat memberi kelebihan dari segi penjimatan yuran kedatangan dan keselesaan untuk para ahli yang menyertainya.
Kawasan dewan yang luas dengan tempat letak kereta yang selamat dan banyak memudahkan ahli-ahli untuk tidak perlu berjalan jauh dan tidak dikenakan bayaran parkir
Kawasan tapak perkemahan juga boleh digunakan untuk acara lewat malam disamping surau yang luas hanya 2 minit berjalan kaki dari tapak perkhemahan dan Domestay


Bilik-bilik Dome yang sentiasa kemas dan teratur tersedia untuk disewa dengan kadar yang sangat murah

Tandas dan bilik mandi yang bersih dan teratur.


Untuk semua warga pancing.net sama ada yang lama mahupun yang baru, kami mengucapkan selamat datang ke Majlis Ulang Tahun Pnet siri 2012 
pada 05 Mei 2012
Jam 4 petang hingga 12 malam
Menjanjikan yang terbaik untuk dikongsi sebagai kenangan.

'Bukan Sekadar Memancing'


Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...