Khamis, 10 Mei 2012

Majlis Ulang Tahun Pnet

Salam Muhibbah,

Sebagai memenuhi janji penubuhan SaPa sebagai tunggak aktiviti warga Pnet Malaysia, maka pada tanggal 05 Mei 2012 yang lalu telah dengan gilang gemilangnya sambutan untuk kali kedua majlis ulang tahun Pancing.net diadakan di Dewan Murni Sekolah Menengah Vokasional Sg. Buloh bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam.


Pelbagai pengisian dan anugerah untuk forumer-forumer Pnet telah di adakan selain majlis makan malam yang diserikan dengan acara muzik dan pertandingan nyanyian dari forumer yang hadir.

Antara acara yang sememangnya di nantikan oleh para forumer yang hadir adalah ucapan perasmian dari pengasas laman forum itu sendiri iaitu Tuan Noor Azman Yunan yang berkongsi salah silah penubuhan serta perkembangan terbaru Pnet dan juga SaPa.



Kemeriahan malam itu juga dilengkapkan dengan kehadiran rakan wartawan dari majalah Kembara Kail yang membuat liputan serta memberi inspirasi kepada SaPa yang baru merangkak untuk bekerjasama, membawa Pnet ke arah yang lebih baik dengan agenda dan aktiviti-aktiviti bukan sekadar memancing.

Kemeriahan pada malam itu juga telah di penuhi dengan penghargaan kepada beberapa orang tokoh forumer pilihan 2012. Sijil penghargaan tersebut telah sampaikan oleh Tuan Noor Azman Yunan sendiri. Tahniah di ucapkan kepada semua penerima penghargaan dan juga pemenang-pemenang untuk kategori tema terbaik, nyanyian dan forumer terbaik pada malam itu.



*untuk laporan penuh boleh di dapati di www.pancing.net

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...