Rabu, 12 Mac 2014

Kembara SaPa

Salam Para Pembaca.

Sejak akhir-akhir ini kita di kejutkan dengan pelbagai fenomena alam yang bercelaru dan tidak menentu. Program-program memancing juga mendapat tempiasnya apabila berlakunya keracunan pada air sungai dan tidak kurang juga ada kawasan-kawasan sungai yang dicemari oleh tangan manusia yang tidak bertamadun dengan melakukan kerosakkan demi kepentingan peribadi jangkamasa pendek.

SaPa mengambil inisiatif mewujudkan kesefahaman dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang lalu dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan demi menaik taraf sukan memancing amnya.

Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah pelepasan benih udang galah dan gotong royong membaik pulih jeti untuk pertandingan sepit biru di Kuala Selangor.

Semoga langkah-langkah ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin kestabila eco sistem habitat yang semakin tercemar kini.

Berikut gambar-gambar yang di ambil sepanjang aktiviti.




*untuk melihat lebih banya gambar anda boleh layari www.pancing.net dan lihat dalam topik "Laporan"

Sahabat Pancing

Khamis, 17 Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t

Promosi keahlian baru....
bermula dari pada 01.01.2013 sehingga 31.03.2013
yuran masuk sebanyak RM20.00 dimansuhkan sementara. Rebutlah peluang ini untuk mendaftar sebagai ahli.

Yuran keahlian akan di kenakan balik selepas tawaran istimewa kami tamat.

Selamat Datang ke Sahabat Pancing


Isnin, 14 Januari 2013

Assalamualaikum wr.wbt. & salam sejahtera.

Semua dialu-alukan untuk memberi sokongan.

Disamping beramah mesra serta mengeratkan silaturrohim sesama ahli dan forumer P.net, Persatuan Sahabat Pancing juga berhajat untuk menambah dana bertujuan digunakan untok perbelanjaan membeli 10,000 benih ikan yang akan dilepaskan di Sungai Tengi Felda Soeharto pada Program bersama Kolej Komuniti Selangor Dirty Jobs River Cleansing pertengahan Februari 2013.

Program ini akan diadakan di Anglers Resort Pulau Indah Klang pada 2 & 3 Februari 2013.

Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM38 termasuk Pendaftaran, makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari pada masa kejadian. Resort dan tapak khemah tidak termasuk - bayaran lain dikenakan.

Hadiah untuk Tangkapan Terberat , Tangkapan Terbanyak dan cabutan bertuah turut disediakan.

Peserta yang mendaftar awal akan mendapat satu kalendar Persatuan Sahabat Pancing 2013. ( Selagi Stok masih ada )

Bayaran RM30 dimasukan ke akaun Bendahari SaPa : CIMB 12420062712528 Tuan Nodri
Bayaran RM  8 dibayar pada hari kejadian. setelah bayaran di buat sila telefon Tuan Nodri 019-2291353 untuk maklumkan.

Tarikh Tutup Penyertaan :  31 Januari 2013.


Atur cara Program adalah seperti berikut :

Sabtu 2/2/2013

4.00 petang - Pendaftaran dan jamuan ringan.

4.45 petang - Solat Asar

5.15 petang - Menjala Udang

7.30 malam - Solat Maghrib

8.10 malam - Makan Malam

8.40 malam - Solat Isya Berjemaah

9.00 malam - Majlis Suaikenal

10.00 malam -Bebas acara


Ahad 3/2/2013


6.00 Pagi - Solat Suboh

7.00 Pagi - Sarapan

8.00 Pagi - Peserta mengambil tempat

8.30 pagi - Pertandingan Memancing bermula

12.30 t.hari - Pertandingan tamat

1.30 t.hari - Solat Zohor

2.00 petang - Makan

2.30 petang - Penyampaian hadiah & cenderahati

3.30 petang - Bersurai



" Kearah Pemancing Berilmu, Beretika, Mesra Alam "

Sabtu, 12 Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Salam Sahabat,

Pada tanggal 25/12/2012, satu Mesyuarat Agong telah di adakan, antara agenda yang di bincangkan adalah pelantikan ahli AJK SAPA TAHUN 2013 yang telah di pilih sebulat suara oleh ahli-ahli Persatuan Sahabat Pancing. Berikut adalah senarai Penggal 2013.



a) PENGERUSI
    AZMI BIN KADIR ( Bujok Basah )
 

b) TIMBALAN PENGERUSI
    EN. MAD NAZIB BIN JAMAIN ( Betok76 )


c) SETIAUSAHA
    EN. MOHD FAIROZE B ABDULLAH ( wiranegara007 )


d) PENOLONG SETIAUSAHA
    EN. AZHAR NOR@ MOHAMAD NOR ( Let )


e) BENDAHARI
    EN. MOHAMAD NODRI BIN ABD AZIZ ( - Nodri Selama - )


f) PENOLONG BENDAHARI
   EN. KHAIRULIZAM BIN MASKURI @ Abu_Melayu 

g)   5 ORANG AHLI JAWATAN KUASA
    
1) EN. SAHIRAN SUIB ( Potocol )
  
2) EN. MOHD FAQARUDDIN BIN MOHD FIRUZ ( Sheikh Faqar )

3) EN. AZMI BIN JAMALUDDIN ( Pancing Tegar )

4) EN. MOHD AFIZ MUSTAPA ( Afiz )

 5) EN. MOHD DETRIYAETYM BIN HANIZ ( Eddie )

 
PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...