Rabu, 12 Mac 2014

Kembara SaPa

Salam Para Pembaca.

Sejak akhir-akhir ini kita di kejutkan dengan pelbagai fenomena alam yang bercelaru dan tidak menentu. Program-program memancing juga mendapat tempiasnya apabila berlakunya keracunan pada air sungai dan tidak kurang juga ada kawasan-kawasan sungai yang dicemari oleh tangan manusia yang tidak bertamadun dengan melakukan kerosakkan demi kepentingan peribadi jangkamasa pendek.

SaPa mengambil inisiatif mewujudkan kesefahaman dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang lalu dengan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan demi menaik taraf sukan memancing amnya.

Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah pelepasan benih udang galah dan gotong royong membaik pulih jeti untuk pertandingan sepit biru di Kuala Selangor.

Semoga langkah-langkah ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi menjamin kestabila eco sistem habitat yang semakin tercemar kini.

Berikut gambar-gambar yang di ambil sepanjang aktiviti.




*untuk melihat lebih banya gambar anda boleh layari www.pancing.net dan lihat dalam topik "Laporan"

Sahabat Pancing

Tiada ulasan:

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...