Assalamualaikum wr.wbt. & salam sejahtera.
Semua dialu-alukan untuk memberi sokongan.
Disamping
beramah mesra serta mengeratkan silaturrohim sesama ahli dan forumer
P.net, Persatuan Sahabat Pancing juga berhajat untuk menambah dana
bertujuan digunakan untok perbelanjaan membeli 10,000 benih ikan yang
akan dilepaskan di Sungai Tengi Felda Soeharto pada Program bersama
Kolej Komuniti Selangor Dirty Jobs River Cleansing pertengahan Februari
2013.
Program ini akan diadakan di Anglers Resort Pulau Indah Klang pada 2 & 3 Februari 2013.
Yuran
Penyertaan adalah sebanyak RM38 termasuk Pendaftaran, makan malam,
sarapan pagi dan makan tengah hari pada masa kejadian. Resort dan tapak
khemah tidak termasuk - bayaran lain dikenakan.
Hadiah untuk Tangkapan Terberat , Tangkapan Terbanyak dan cabutan bertuah turut disediakan.
Peserta yang mendaftar awal akan mendapat satu kalendar Persatuan Sahabat Pancing 2013. ( Selagi Stok masih ada )
Bayaran RM30 dimasukan ke akaun Bendahari SaPa : CIMB 12420062712528 Tuan Nodri
Bayaran RM 8 dibayar pada hari kejadian. setelah bayaran di buat sila telefon Tuan Nodri 019-2291353 untuk maklumkan.
Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Januari 2013.
Atur cara Program adalah seperti berikut :
Sabtu 2/2/2013
4.00 petang - Pendaftaran dan jamuan ringan.
4.45 petang - Solat Asar
5.15 petang - Menjala Udang
7.30 malam - Solat Maghrib
8.10 malam - Makan Malam
8.40 malam - Solat Isya Berjemaah
9.00 malam - Majlis Suaikenal
10.00 malam -Bebas acara
Ahad 3/2/2013
6.00 Pagi - Solat Suboh
7.00 Pagi - Sarapan
8.00 Pagi - Peserta mengambil tempat
8.30 pagi - Pertandingan Memancing bermula
12.30 t.hari - Pertandingan tamat
1.30 t.hari - Solat Zohor
2.00 petang - Makan
2.30 petang - Penyampaian hadiah & cenderahati
3.30 petang - Bersurai
" Kearah Pemancing Berilmu, Beretika, Mesra Alam "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan