Isnin, 13 Februari 2012

Udang Galah Kampung Kedaik Rompin


SALAM SEJAHTERA SEMUA

Entah berapa lama sejak dari ratusan tahun dahulu, telah diperkatakan oleh orang-orang Pahang bahawa pada satu ketika dahulu di daerah ini yakni Rompin terdapat sebatang pokok yang diberi nama pokok ru.
Pokok ru ini amat unik sekali jika dibandingkan dengan pokok-pokok ru yang lain kerna bentuk atau struktur pokoknya yang ramping. Dari maklumat orang-orang lama yang tinggal di sini,mereka mendakwa bahawa ukurlilit pokok ru tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama.


Pada awalnya pengenalan dari pokok ru ini, maka orang-orang kampung mula memanggilkan nama tempat ini sebagai “Rhu Ramping” sempena pokok ru tersebut berbentuk ramping.
Lama kelamaan, nama tempat ini dah pun berubah menjadi “Rumpin” dan akhirnya sehingga kini ianya bergelar “Rompin”

Rompin terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan.OIeh itu, Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal sehingga pemancing-pemancing dari luar negara datang memancing di sini.
Ini adalah kerana Rompin mempunyai satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk yang menjadi tumpuan ikan. Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana di Rompin merupakan lokasi habitatnya.
Bagi pemancing udang galah, di sinilah lokasi yang benar-benar sesuai untuk memancing udang galah dan sekaligus dapat merasai keenakan udang yang segar-bugar dari sungai.
Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong dan Kedaik.



Alhamdulillah cuaca sangat baik. Perjalanan bermula seawal jam 12 malam dari Kuala Lumpur. Pada pukul 4.40pagi, kami pun sampai di rumah rakit Kedaik Sungai Rompin. Beratapkan zin serta berdindingkan papan. Rakit terapong dengan gahnya kerna balak dan tong-tong besar yang kosong menjadi benteng serta alat untuk mengapongkan rakit agar tidak tenggelam.
Suasana rumah rakit itu sendiri sudah menyenangkan hati. Dekorasi yang simple dan kreatif, memang menggamit parapengunjung untuk berehat di dalamnya. Kemudahan asas turut disediakan. Pendek kata, ianya adalah sebuah “gaya hidup di alam air”.
Oleh itu, penyesuaian diri amatlah penting

untuk diterapkan pada diri seseorang apabila berkunjung di sini.

Udang galah, si galah, sisepit biru, jenggo, nama-nama ini sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Apatah lagi kepada kaki-kaki udang.

Mempelajari cara untuk memancing udang galah adalah amat penting sekali. Biar hebat mana anda di lautan dan sungai memancing ikan, namun memancing udang galah tidak seperti yan dibayangkan. Hanya dengan mempelajari serta mengambil peluang untuk turun memancing sendiri barulah dapat mempelajari tekniknya serta mempelajari ilmu-ilmu yang tersembunyi dalam pemancingan ini KERNA - dimana ada udang di situ ada buaya!




Setelah diberi taklimat dari sahabat seukhuwah iaitu Eddie, peralatan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:- Joran dan Kekili berskala jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar. Tali Utama seeloknya antara 10-15 lb manakala perambut pula antara 6 – 8 paun. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5–6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan. Mata kail udang boleh digunakan berskala antara no: 7 – 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing guna mata kail buatan sendiri.

Apa yang diketahui secara umum, udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, isi ikan, perumpun, udang kecil dan cebisan daging ayam.
Namun begitu, pilihan utama tetap perumpun dan cacing tanah kerana ianya berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kaildan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut. Bagi kami, umpan perumpun menjadi pilihan.

Sesi memancing dihari pertama bermula pada jam 9 pagi. Bot 14 kaki panjang berenjinkan honda membawa kami berempat menuju ke lubuk pilihan. 3 ke 4 batang batang joran seorang adalah bertepatan dan jika yang baru belajar eloklah bermula dengan 2 ke 3 batang dulu.
Jika rasa sudah "hebat" gunalah lebih dari itu!! Menyusun joran di atas sampan juga penting kerna ianya perlu mengikut aturan yang betul seperti joran pertama dilontar jauh, diikuti joran ke-2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. 

Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan melali pemerhatian henjutan dihujung joran, lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada kami mula berkocak-kocakan...kerna dengan henjutan udang tersebut akan menentukan samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Kunjungan kami di sini telah disambut oleh ramai pemancing-pemancing sebenarnya. Tidak kurang juga orang-orang asli yang turut juga meminati sukan memancing udang. Tidak kurang dari 100 pemancing berada disepanjang 4 kilometer dari rumah rakit kami. Cuma yang menjadi kebanggaan kami ialah, jika seorang pemancing mendaratkan sekilogram udang, bermakna 100 kilogram udang sehari dapat dikumpulkan. Jika 2 hari memancing - 200 kilogram. Ini menunjukan bahawa populasi udang amat banyak sekali di Sungai ini.
Namun begitu, dari sumber-sumber orang-orang lama yang memancing udang di sungai ini, mereka mengatakan bahawa jumlah udang kian mengurang dan saiz yang besar sukar untuk dipancing. Antara penyebab yang terjadi sedemikian adalah kerna keperluan hidup yang bergantung terus terhadap air dimana orang-orang asli di situ memasang ambai dan lukah untuk menjerat udang dan ikan. Ada kalanya ambai yang tak terjaga dan tanpa permit hanya dipasang tanpa pemantauan.
Penggunaan lukah di sungai ini amatlah ketara sekali. Boleh dikatakan setiap 50 meter, pasti ada lukah yang dipasang. Yang menjadi persoalannya ialah, ada lukah yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa diperiksa sehingga kami terjumpa lukah yang sudah uzur.



Penggunaan lukah boleh boleh menyebabkan populasi ikan dan udang semakin berkurangan. Lukah yang besar mampu menghasilkan tangkapan sebanyak 20 ke 30 kilo ikan/udang bagi setiap lukah yang dipasang. Begitu juga penggunaan ambai. Ambai yang besar juga mampu mengaut hasil yang banyak tanpa meletakan sebarang umpan di dalamnya.
Udang serta ikan akan terperangkan di dalam ambai sekali gus boleh menghasilkan puluhan kilo ikan dan udang. Maka tidak hairanlah kenapa hasil pancingan udang hanya sekitar beberapa ekor seorang bagi setiap pemancing udang yang baru berjinak dalam dunia pancingan udang.








Aku dan sungai...di sisi sungai inilah, Abg Am mempelajari semua isi bumi, yang terjerat di dalam relung hati.
Sejenak melihat Abg Am, yang menjadi penghuni di rakit ini, tetiba bayanganku bernafas berhenti seketika kerna terharu apabila mengetahui bahawa dia dan sungai adalah sahabat karib kerna pahit dan manis mengukir sebuah keakraban yang kian terjalin puluhan tahun dahulu. Dialah Abg Am.








16 ulasan:

a | e p h berkata...

Assalamualaikum. Seronok membaca ruangan blog tuan. Sy berasal dari kuala lumpur dan ditugaskan utk ke rompin esok hari. Sy memang minat memancing dan mula mencari kaki2 pancing di rompin utk kenalan. Jika tuan tidak keberatan,boleh la kita berkongsi masa atau pengalaman jika sy berpeluang. Terima kasih
0163332372 Aliff

IjamNiky berkata...

saya nak no telefon pengurus rumah rakit leban chondong ,Rompin ,kerana saya sekeluarga mahu pergi ke sana pada cuti-cuti nanti.
no saya : 0139776196 .(Muhammad Izram Bin Mazri,15 ,Pahang)

Unknown berkata...

Salam..boleh saya dapatkan contact no rumah rakit kat sana..saya dan kawan2 merancang nak kesana..0166613588..terima kasih

SMKT_Pendidikan_Khas berkata...

Salam...blh sy dptkn no contact rmh rakit kt sna?ni no contact sy 0139461269...

Tanpa Nama berkata...

Salam..boleh saya dapatkan contact no rumah rakit kat sana..saya dan kawan2 merancang nak kesana dalam masa terdekat ini..0193403722-ajai.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam. ...boleh bg contact no rumah rakit yang saudara duduk tu atau mana2 pengusaha rumah rakit kat sana. .no saya 0123903416. ...terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. saya berminat nk dapatkn no rumah rakit di sana.. 016-3117501 fitri

Tanpa Nama berkata...

Salam,saya amy...berminat dengan rumah rakit,untuk memancing udang...no telefon dan harga 2 hari 1 mlm

ammara khadija berkata...

Salam...boleh provide no. Telefon org yg uruskan rumah rakit? Tq.

sf berkata...

Salam semua dan maaf tuan2, pengendali halaman ini akan segera diberitahu berkenaan permintaan tuan2.
Tuan2 juga boleh hubungi tuan Potokol (Sahiran) di forum www.pancing.net TY

brohantu berkata...

terima kasih atas perkongsia cara memancing udang galah

Tanpa Nama berkata...

Salam kami dr kelab pemancing udang galah dari kuala lumpur..kami ingin bertanye pd sesiapa yg ada no tel tauke bot sewa atau rumah rumah rakit di kg kedaik rompin.. nie no fon sy utk di hbngi 016-6898974 (Syed).

Tanpa Nama berkata...

saya perlukan contact number rumah rakit kedaik..nak ke sana dalam masa terdekat...
0179251323 - Firdauf

Raja Kertas berkata...

Assalam boss, sy berminat nk ke sana. Bole bg no contact rumah rakit kg kedaik tu. Ni no contact sy...012-7295840

Unknown berkata...

Assalam tuan..saya merancang nak memancing kt kedaik..boleh saya dapatkan no fon rumah rakit di sana..no fon saya 017-9238970- 017-3523117(whatsaap)

AbuMundzir berkata...

Ada no fon rumah rakut ni? No saya 0193326629

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...