Sejarah Penubuhan




Tertubuhnya SaPa bermula dari sebuah perbincangan maya pada tanggal 11 May 2011 di laman forum www.pancing.net. Topik asalnya di mulakan oleh penama id Sheikh Faqar terhasil dari satu perbualan semasa aktiviti memancing midnight pada 8 May 2011 bersama Tuan Betok76, Tuan Kimie dan Tuan Nodri yang kini menjadi tunggak utama SaPa.

Bebarapa hari setelah topik ini diketengahkan mendapat respon yang baik dari beberapa ahli seperti Tuan NagaMasakMerah, Tuan Shahzam, Tuan Teinmomo, Tuan Kopytiam (MOD), Tuan Ajiking Kecik, Tuan Ras, Tuan SG_One (MOD) sehinggalah ke pengetahuan tuan yang empunya laman forum tersebut iaitu Tuan PancingLama(Azman) pada tanggal 30 May 2011 maka topik tersebut telah dibawa ke ruang khas Ahli Jawatan Kuasa forum pancing untuk dbincangkan secara lebih serius.

Maka berlakulah pertemuan pertama untuk memperbincangkan perkara penubuhan Persatuan berdaftar ini secara serius yang di pengerusikan oleh Tuan Pancing Lama sendiri pada malam 5 Jun 2011 bertempat di Nodri Selama Cafe (KDK) yang dihadiri lebih 20 orang ahli berdaftar laman forum pancing yang rata-rata memberi respon positif dan dengan mandat yang telah diberikan, maka kerja-kerja penyusunan pun bermula.

Pada peringkat awalnya cadangan menubuhkan kelab sebagai asas untuk perlaksanaan agenda-agenda pengurusan aktiviti bagi pihak pancing.net pada 5 Ogos 2011 yang dipengerusikan oleh Tuan CDgtxx (GM), namun disebabkan beberapa perkara yang agak sukar untuk diterjemahkan oleh Persatuan tidak berdaftar maka kelab sementara mendesak penubuhan secara berdaftar perlu disegerakan bagi memudahkan urusan pengendalian tugas, kewangan dan sebagainya.

Pada 20 Ogos 2011, Tuan Nodri, Tuan Betok, Tuan Pt dan Tuan Sheikh Faqar telah ke pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Shah Alam untuk melakukan pendaftaran buat kali pertamanya atas nama Persatuan Pancing.net Malaysia. Namun tidak berjaya di luluskan kerana faktor nama persatuan dan keahlian bukan dari seluruh Malaysia. Maka penubuhan terpaksa ditunda.

'Satu badan khas telah direkacipta untuk membantu perlaksanaan iaitu kumpulan ahli penaja dimana seramai 17 individu yang terdiri daripada ahli forum pancing yang yakin dan percaya sepenuh hati dan tidak berbelah bagi telah bersetuju untuk menyertainya. Tujuan badan khas ini ditubuhkan adalah sebagai pemodal asas untuk membantu pergerakkan penubuhan. Tahniah kepada mereka semua yang mempunyai nilai keyakinan dan percaya yang sangat tinggi  yang tidak berbelah bagi kerana sanggup melaburkan wang ringgit hanya atas dasar percaya semata-mata sejumlah wang telah dikumpul dan digunakan untuk tujuan penubuhan ini dan secara langsung kutipan itu menjadi pendaftaran keahlian.'

Dengan kerjasama dan kata sepakat, survey dan roadshow hampir seluruh Malaysia telah dilakukan bermula 2 September 2011 (hari raya ke3)  untuk menerangkan dan memperkenalkan kepada ahli-ahli forum tentang penubuhan yang akan berlaku pada masa itu serta kelebihan-kelebihan menyertainya walaupun mengenakan yuran. Sebagai ahli forum yang tidak berbayar keahliannya, pelbagai respon telah diberikan terutama dari sudut jenama dan kelebihan menyertai Persatuan.

Setelah beberapa penelitian lebih mendalam dilaksanakan, serta objektif penubuhan diterjemahkan dengan lebih menyeluruh, maka pada tanggal 28 Oktober 2011 secara rasminya sebuah pertubuhan dengan penjenamaan Persatuan Sahabat Pancing Selangor dan W.P Kuala Lumpur telah ditubuhkan secara sah dan juga telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti ahli forum pancing. Dipengerusikan oleh Tuan Sheikh Faqar iaitu orang yang bertanggungjawab memulakan topik perbincangan dan didukung oleh ahli2 jawatankuasa yang tidak jemu-jemu meneruskan agenda penubuhan dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan penubuhan ini dapat didaftarkan.

Pada 15 Januari 2012, Setiausaha SaPa Tuan Betok76 telah menjalankan amanahnya dengan sebagai setiausaha persatuan, memanggil kesemua ahli untuk mesyuarat Agong pertama SaPa sekaligus merombak jawatankuasa dan membincangkan hala tuju SaPa dan usahasama yang menjadi teras utama penubuhan bersama ahli laman forum www.pancing.net

__________________________________________________________________

ANTARA LANGKAH AWAL PERGERAKKAN MEMBINA PERSATUAN.


PENUBUHAN KUMPULAN PENAJA

Kumpulan ahli penaja adalah satu kumpulan yang di cadangkan untuk mengumpulkan dana pergerakkan awal penubuhan persatuan disamping menjana pendapatan persatuan bagi tujuan pergerakkan untuk masa hadapan.
Sesiapa juga dikalangan ahli boleh menganggotai kumpulan penaja dengan syarat-syarat yang berikut :
-Berperanan sebagai penaja aktiviti-aktiviti dengan yuran bulanan sebanyak RM30.00
-Berperanan sebagai anggota bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang di anjurkan persatuan
-Berperanan sebagai anggota bagi membantu ahli-ahli di kawasan masing-masing
-Berperanan sebagai penggerak persatuan dengan komitmen yang tinggi
-Wajib hadir setiap mesyuarat dan bersedia untuk melaksanakan tugasan yang telah dipersetujui bersama
-Tidak mempengaruhi dan dipengaruhi oleh sesiapa untuk menyertai program ini.
Ada pula kebaikan-kebaikan ahli penaja ini ialah :
-Akan diserap sebagai ajk persatuan berdasarkan komitmen yang diberi
-Mendapat insentif sekiranya terlibat dalam pengurusan sesuatu projek
-dan lain-lain seperti ahli biasa

PERHATIAN UNTUK SEMUA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR SILA UPDATE BAYARAN ANDA DAN PASTIKAN ANDA TELAH MENGHANTAR/EMAIL SALINAN MYKAD DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN PENCETAKKAN KAD AHLI DILAKUKAN, TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...